Wednesday, January 22, 2014

Tahi Lalat

Assalamualaikkum...



Jelingan manja menusuk ke kalbu ku.. awww nampak tak jelingan ala-ala manja haha 
actually bukan nak cheghite pasal jelingan yg tak berapa nk menggoda tu.ngee 
kat sini den nak cite pasal TAHI LALAT.

Nampak tak tahi lalat besarrr punya 
kalau tak nampak sila la pergi buat spek mata
Hehe sebab tahi lalat tu la bella ada macam-macam pengalaman

Actually tahi lalat saya ni diwarisi.
nenek  ada tahi lalat hidup agak banyak la dekat muka.
my mom dia ada jugak tahi lalat kat muka lagiii banyak tapi tahi lalat mati means tahi lalat tu takkan membesar macam gue.

Macam-macam cerite actually kalau nak cerite pasal tahi lalat sepanjang hidup saya ni.

Dulu masa kecik-kecik nenek dengan mak cik suka puji tahi lalat bella diorang cakap 
tahi lalat kat bawah bibir cantik manis macam siti nur haliza 
hehe den ape lagi malu-malu kuceng la meoww 

Bile dah meningkat dewasa dah jumpa dengan ramai orang lagi la makin ramai tegur.
tak kisah la sama orang tu bella kenal or tak.
kadang-kadang kalau dekat uitm tu nak pergi makan mesti ada makcik-makcik or abang-abang kedai makan yang tegur malu lorh

Semalam beli cool blog ada sorang abang ni dok usha dari jauh
takut bella then dia cakap "tu diaaa dari jauh dah nampak tahi lalat dia"

Oh ada lagi satu disebabkan tahi lalat ni ramai yang nak ngorat tau hahaha 
den ni bukan lawo pon cume setengah orang suka kalau ada tahi lalat bawah bibir manis katenye
tapi bella lagi suke kalau ada lesung pipit comel je.
orang kate lesung pipit ni sebenarnya cacat.tapi cacat yang cantik ape-ape jela labulabi

Ada jugak yang menggatal.time tu nak pegi interview then bos tu asyik puji cantik la baju,cantik tahi lalat 
siap dia cakap ape tau "cantik la tahi lalat you i rasa nak cium je" huh nasib baik dia bos dan aku ni bukannya jenis senang naik angin rasa nak tampo je mulut dia.


Pastu ada satu pengalaman ni sumpah tak bole nak lupa.
dulu masa belajar kat uitm kuala pilah
masa tu first time masuk kelas 
biasa la first day masuk kelas lechurer buat ice breaking kenalkan diri
lechurer tu lelaki india ,masa bella kenalkan diri cakap nama,tempat tinggal,umur blabla 
then alkisahnya lechurer ni terlebih jujur pulak dia cakap 
"eh what arr the black thing under your mouth"
im like whatt??
dia bole nampak dari jauh!!
bayangkan lechurer tu duduk depan sekali then bella duduk belakang sekali row yang ke 4.
macam tu pon dia bole nampak?
tajam betul mata dia 
satu kelas tu macam nak gelak bile lechurer tu tanya tapi dorang tahan sebab takut kite malu.
bole pulak dia tanya ape bende hitam tu?
you are so funny la sir.
huh malu sungguh haritu tapi takpe la 
sebab tahi lalat ni la aku famous.
masalahnya FAMOUS KEW??


Hehe tak de la famous sangat nok 
tapi bile pergi kedai mana-mana owner kedai kenal budak tahi lalat manis ni sellalu datang kedai aku acecece
angkat bakul bawak  sendiri.










No comments:

Post a Comment